Accessibility Tools

Medium Jangkitan Mpox

Penyakit mpox boleh merebak dalam kalangan manusia melalui beberapa cara.

Penularan dari individu yang dijangkiti mpox ke individu lain boleh berlaku melalui sentuhan langsung dengan kulit individu yang dijangkiti termasuk hubungan seksual, serta permukaan objek yang dicemari oleh cecair badan pesakit mpox.

Penularan juga boleh berlaku melalui titisan pernafasan atau aerosol kepada individu yang bersemuka atau kontak rapat yang berpanjangan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

 

Tindakan Kawalan Mpox Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengaktifkan Bilik Gerakan mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan pada 16 Ogos 2024.
CPRC Kebangsaan akan terus memantau situasi mpox serta menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon yang berkenaan.
Tindakan kawalan mpox yang dijalankan oleh KKM ialah pengesanan awal kes, pengukuhan kapasiti makmal, pemantapan pengurusan kes, pengasingan kes dan pemantauan kontak rapat serta meningkatkan kesedaran orang ramai melalui pendidikan kesihatan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMADANI

 

tindakan kawalan mpox

Nasihat Kepada Pengembara Ke Negara Yang Terdapat Penularan Mpox

Susulan pengisytiharan penyakit mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) pada 14 Ogos 2024 lalu, pihak KKM giat menjalankan pengukuhan aktiviti survelan dan advokasi berkaitan mpox termasuk pemantauan kes di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke negara endemik dan negara-negara yang terdapat penularan mpox untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dikongsikan.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani

Apakah Perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Tanda & Gejala Jangkitan Mpox

Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki.
Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani